Suami buat laporan polis Manohara_Odelia_Pinot

Pada 11 Jun 2009, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay. Peguam menimbang tindakan undang-undang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman menyatakan siasatan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.[15]

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim memberitahu New Straits Times bahawa polis akan mendapatkan keterangan Manohara dan Daisy untuk melengkapkan siasatannya. Blog-blog yang memfitnah kerabat diraja Kelantan itu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan.Teuku Faizasyah dari Kementerian Luar Indonesia di Jakarta menyarankan Manohara agar melaporkan sendiri kesnya kepada polis Malaysia tanpa perlu mengadu kepadanya. [16]

Isteri ingkar/nusyuz

Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah memerintah Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra yang akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry (kanan) melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan, selepas hakim berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya.

Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lepas. Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di Kota Bharu.

Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan. Pihak mahkamah telah berpuas hati bahawa wujudnya dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan.

Rujukan

WikiPedia: Manohara_Odelia_Pinot http://74.125.153.132/search?q=cache:KZjdHEvhWKUJ:... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://hariansib.com/?p=78541 http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/aniaya-... http://malaysiakini.com/news/106181 http://malaysiakini.com/news/106349 http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-kisah-d... http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-tanggap... http://www.youtube.com/watch?v=AkMGOZnx5Ak&NR=1 http://www.youtube.com/watch?v=SXbX2iSo7Xg&feature...